Ramai telah terkejut dengan hasilnya..

Tuesday, April 16, 2013



7 POWER TIPS Didik Anak Teknik Dr Muhaya
Jom kita lihat kata pakar motivasi terkenal Dr Muhaya untuk kita berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

1. ✿ 。 Harus bercakap dan menerangkan kenapa kita melakukan sesuatu. Jom ibu muda semua renung diri dan bayangkan 20 tahun lagi apa anak kita akan jadi dgn ketidaksabaran kita hari ini. Prof Muhaya berkata, orang yang tidak yakin diri, maka dia tidak yakin dengan kebesaran Allah SWT. Sebab itu, tugas ibu bapa adalah untuk menjelaskan tentang asal usul manusia yang bermula dari alam roh,rahim, dunia, barzakh dan kiamat. Fahamkan kepada anak-anak.

Hentikan sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat

2. ✿ 。 Pelaburan paling baik ialah mendidik jiwa anak anak dgn akidah ibadah dan akhlak yang baik. Jom audit aktiviti kita hari ini ke arah mana.

3. ✿ 。 Cari benda yang kita akan bawa ke kubur nanti bukan apa kita akan tinggal.
Cuba renung apa akan jadi pada anak jika di marahi dan dipukul terutama jika belum berakal sebelum umur 7 tahun. Objektif atau tujuan menjadi ibu bapa mesti kita faham? Untuk apa?. Jawapannya untuk pencen kubur. Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk menjaga akidah dan akhlak anak-anak. Sebelum itu, ibu bapa terlebih dahulu mengetahui tentang akidah dan akhlak yang betul. Acuan pendidikan adalah agama dan contoh Rasulullahlah SAW.

4. ✿ 。 Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Ramai ibu bapa mengeluh: “Eh, mana ada masa nak menguruskan anak-anak. Kerja balik lewat...macam mana?”.
Pengurusan masa ibu bapa seharusnya bijak. Masa itu ada. Ibu bapa cuba audit berapa banyak usaha kita mendidik anak anak menjadi pemurah dan berkasih sayang. Lihat layanan kita pada pembantu rumah. Anak anak akan buat apa dia lihat bukan apa kita cakap.

“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”. -Dr Muhaya
5. ✿ 。 Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah. Sentiasa fikrikan bagaimana keadaan kita ketika menghadapi sakratul maut nanti.

6. ✿ 。  Kemuncak hidup kita untuk mendapat husnul khatimah. Lihat setiap fikiran dan perbuatan kita hari ini. Itulah magnet diri kita dan jika magnet diri kita buruk kita akan menarik situasi buruk.

7. ✿ 。  Selalu tanya pada diri, apa yang diri dapat daripada mempercayai sesuatu berita buruk dan menyebarkannya. Lihat dalam mata anak kita dan bayangkan apakah hasil kehidupan dan buah yang mereka akan tuai hasil daripada apa yang kita semai pada hari ini. Moga Allah memelihara kita semua.

Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • ✔  Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • ✔  Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • ✔  Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • ✔  Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

✿ 1。 Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

✿ 2。 Umur anak-anak 7-14 tahun.
 Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

✿ 3。 Umur anak-anak 15- 21 tahun.
 Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

✿ 4。 Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.



Prof Dr Muhaya | Tips dan Panduan Ibu Bapa Mendidik Anak Cemerlang



ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.