Ramai telah terkejut dengan hasilnya..

Tuesday, April 23, 2013



TIPS PAKAR dari Majalah PA&MA by Oleh: EDITORIAL PAMA


“Mama, Aiman terkencing atas katil.” Adoi, bila dengar si kecil memberitahu ayat tersebut sebaik bangun tidur, rasa macam nak menjerit pun ada. Macam mana agaknya hendak mendidik anak supaya jangan kencing malam di atas katil?
Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetes atau buah pinggang.
Apakah punca kencing malam?

Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
✿ 。Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
✿ 。Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
✿ 。Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
✿ 。Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
✿ 。ika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
✿ 。Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.
✿ 。Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
✿ 。Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
✿ 。Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
✿ 。Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
CREDIT: Majalah PA&MA by Oleh: EDITORIAL PAMA



ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?


                  Advertorial Kasih Bonda.              
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.

Sunday, April 21, 2013



Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
 erupakan Pendakwah, Perunding Motivasi,Penulis,Pengacara Semanis Kurma &Pengarah Eksekutif SNB KASIH TRAINING & CONSULTANCY. Boleh dihubungi menerusi laman facebooknya : ustazahbahyah


ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.




Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?

Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat: 
  • jangan tinggal sarapan pagi;
  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar. 

Bagaimana jika saya menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda. Baca artikel diet sihat untuk ibu-ibu yang menyusukan untuk mendapatkan tip-tip bijak. 

Bilakah badan saya akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang. 

Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal. 

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia CREDIT : babycenter.com.my/



ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.

Friday, April 19, 2013



5 Tips RAHSIA Genius Matematik Adiputra untuk Anak anda pandai dalam matematik.

Tahniah buat adik Adiputra :) Sangat bangga dengan kejayaannya. Adi Putra juga ada berkongsi 3 Tip untuk mahir dan pintar dalam matematik islam iaitu katanya1. ✿ 。 “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam..
Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video,” kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.


2. 
✿ 。 Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

3. 
✿ 。 Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS pula ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

4. 
✿ 。 Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

5. 
✿ 。 Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


wawancara yang dilakukan oleh wartawan Kosmo bersama adik Adi Putra.

Credit: ADI putra di Capital TV TM Unifi "Morning Bell"
Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?
Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.
Macam mana boleh terfikir?
Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.
Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?
Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.
Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?
Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.
Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?
Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.
Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam ‘kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil’. Sebab apa Adi kata macam tu?
Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?

200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.
Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?
Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.
Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?
Ilham datang waktu itu.
Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?
Counter Strike, game tembak-tembak…Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.
Adi tahu Adi terkenal sekarang?
Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.
Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?
Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.
Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?
Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.
Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?
Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.
Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?
Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.
Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?
(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)
Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?
Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.
Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?
Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.
Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?
Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.
Doa apa?
Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.
Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?
Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.
Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.
Adakah letih menjadi seorang genius?
Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.
Apa ucapan untuk ibu dan ayah?
Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.
Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?
Adi baru belajar tahfiz – Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah. 
SUMBER: MYMETRO, KOSMO EXTRA, Harian Metro, Kosmo 

ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.

Thursday, April 18, 2013



Di kesempatan ini saya nak kongsi bersama Tips dan Teknik 8P Ustazah Siti Nur Bahiyah untuk manfaat kita semua. Sharing is Caring! :)

✔  1) Pujian.
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! :)

✔  2) Pelukkan.
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan tubuh.

✔  3) Penghargaan.
 Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati ;).

✔  4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sebuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.

✔  5) Persefahaman.
Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya.

✔  6) Pergaulan.
 Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia!

✔  7) Percutian.
 'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjaaan ahli keluarga yang lain....nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :))



✔  8) P yang terakhir ialah 'Permohonan'
iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke 31..

Ustazah Bahiyah juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah...dan insyaAllah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan.

ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.



Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi membicarakan tentang Anak Genius dan Pintar.

✔  “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

✔  “Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

✔  Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

✔  “Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

✔  “Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

✔  Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

✔  “Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

✔  Apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

✔  “Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

✔  “Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

✔  Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

✔  Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

✔  “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

✔  “Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

✔  Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

✔  “Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

✔  Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

✔  “Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

✔  “Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

✔  Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah. “Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,”

Semoga anda mendidik anak dengan akhlak yang baik, dan cemerlang. InsyaAllah.



ADAKAH ANDA MENGHADAPI... Masalah anak Lemah pelajaran? Degil? Malas Belajar? dan Pelbagai masalah minda, emosi? Tercari cari satu solusi dan penyelesaian masalah anak anda?

                  Advertorial Kasih Bonda.               
GXTRA Chewable Glucose
P/S terus je ke page fb:  www.facebook.com/mahuanakcemerlang
Dapatkan info Produk Makanan minda Gxtra di website www.mybiogenius.com atau call/SMS hotline Syifa Wellness Shop di talian  019-7697694.